Karipap Oksigen

Kali ni Che Nom dah buat satu jenis kuih yang rare, iaitu karipap oksigan. Rare tu bukan sebab apa, sebab selalunya orang marah kalau beli dapat kuih mcm ni, rasa mcm terkena kan. Tapi rupa-rupaya ada peminat kuih karipap oksigan ni, terutamanya budak-budak kan. Geram je tgk digigitnya kulit, inti buang.

Ha bukan senang jugak nak buat karipap oksigen yang kembung sekata dan rangup. Kena ada skill jugak. Hasil karipap yang Che Nom tunjuk kali ni memang rangup kulitnya..dan tahan lama rangup tu sampai berjam-jam. Peminat karipap oksigen, ha jom lah cuba.

Bahan-bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sb tepung beras
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cwn minyak masak
  • 1 sb majerin
  • 1/2 cwn air sejuk

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk.
  2. Panaskan minyak masak dan majerin sampai mendidih.
  3. Tuang masuk campuran majerin dan minyak panas dalam adunan kering.
  4. Gaul sekata sampai jadi macam serbuk breadcrumb.
  5. Tuang masuk air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh.
  6. Rehatkan doh minimum 1/2 jam.
  7. Keluarkan doh dan uli sikit.
  8. Potong doh, sesuai untuk saiz 1 biji karipap.
  9. Bulatkan doh dan canai sampai nipis.
  10. Letak atas acuan, tekan rapat (jangan ada gelembung).
  11. Tutup acuan dan kemaskan baki doh yang terkeluar.
  12. Kalau kelim manual, caranya sama, canai sampai nipis, kemudian lipat dua dan kelim ditepi.
  13. Panaskan minyak dan goreng karipap.
  14. Kerap alih-alihkan karipap. Bila dah perang, boleh angkat dan toskan minyak.

Tip:

  • Kalau kelim manual, tengah-tengah jangan tekan rapat takut nanti karipap tak kembang bila goreng.
  • Doh tak boleh tebal sangat nanti karipap tak kembang penuh oksigen.
  • Minyak untuk goreng kena banyak dan tenggelam kuih.
  • Kalau karipap kelim pakai tangan, minyak kena betul-betul panas sebab kita nak karipap tu mengelembung.
  • Lepas karipap dah kembung, baru perlahankan api (supaya karipap masak sekata).

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.